• Abu Kassim Tamat Perkhidmatan Sebagai KetuaPesuruhjaya SPRM 1 Ogos Ini

     

    Abu Kassim Tamat Perkhidmatan Sebagai KetuaPesuruhjaya SPRM 1 Ogos Ini 

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ingin mengesah dan memaklumkan, Tan Sri Abu Kassim Mohammad telah memohon kepada kerajaan bagi mempercepatkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 kepada 1 Ogos 2016.

    Ini adalah permohonan kali ketiga dibuat Tan Sri Abu Kassim bagi mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini diluluskan oleh kerajaan. Tan Sri Abu Kassim sebelum ini telah mengemukakan permohonan yang sama namun Kerajaan Malaysia telah meminta beliau untuk meneruskan perkhidmatannya.

    Tiada tekanan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap keputusan Tan Sri Abu Kassim bagi memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 dan permohonan kali ketiga ini dibuat selepas Tan Sri Abu Kassim menerima tawaran daripada International Anti Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah pertama di dunia. Perlantikan Tan Sri Abu Kassim di IACA, Austria ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada kesungguhan Kerajaan Malaysia serta kepimpinan SPRM dalam menangani jenayah rasuah.

    Tan Sri Abu Kassim akan turut memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai ahli lembaga di universiti berkenaan selain menunaikan tanggungjawab sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Tan Sri Abu Kassim mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan permohonannya bagi meneruskan perkhidmatannya di sebuah akademi pengajian berkaitan jenayah rasuah pertama di dunia.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    23 JUN 2016

    Abu Kassim Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM 1 Ogos Ini  PDF