• SPRM Tahan Dua Sarjan Dipercayai Terlibat Rasuah

     

    SPRM Tahan Dua Sarjan Dipercayai Terlibat Rasuah

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan telah menahan dua anggota Polis Diraja Malaysia di Kota Bahru kira-kira jam 11.55 malam, semalam.

    Kedua-dua anggota polis berpangkat Sarjan dan berusia lingkungan 20an itu ditahan kerana dipercayai menerima suapan bernilai RM200 bagi melepaskan orang awam yang tidak memiliki kad pengenalan.

    Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Hakim Majisteret Mohd Firdaus Zainal Abidin membenarkan kedua-dua anggota polis tersebut direman selama enam hari bermula hari ini.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    7 MEI 2016

     SPRM Tahan Dua Sarjan Dipercayai Terlibat Rasuah PDF