• Henti Keluarkan Kenyataan Mengelirukan Berhubung Siasatan Kes Banglo Ketua Menteri Pulau Pinang

     

    Henti Keluarkan Kenyataan Mengelirukan Berhubung Siasatan Kes Banglo Ketua Menteri Pulau Pinang

    Berhubung dakwaan segelintir pihak bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)tidak tegas serta melengah-lengahkan siasatan berkaitan isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng, SPRM ingin menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan.

    Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkanpengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza.

    Dalam pada itu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa kes tersebut mahupun kes Kementerian Belia dan Sukan (KBS) langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.

    Justeru SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan kes yangmelibatkan pegawai SPRM tersebut.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    17 APRIL 2016

    Henti Keluarkan Kenyataan Mengelirukan Berhubung Siasatan Kes Banglo Ketua Menteri Pulau Pinang   PDF