• Ahli Perniagaan Didenda RM200,000 Beri Keterangan Palsu Kepada SPRM

    AhliPerniagaan Didenda RM200,000 Beri Keterangan Palsu Kepada SPRM

    Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman denda RM200,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini kerana memberi penyataan palsu berhubung penjualan kira-kira 50 kereta mewah pada 2014.

    Mohamad Azhan Hamza, 32, yang merupakan anak bekas pegawai kanan polis Bukit Amandidakwa memberi penyataan palsu berhubung jumlah kereta yang dijual itu antara 2008 sehingga 2013 melalui pengedar kereta di TTDi Cars, Melinium Auto dan Sentimas Sdn. Bhd.

    Pada 29 Oktober 2015, tertuduh didakwa di mahkamah kerana memberi pernyataan palsu itukepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, antara pukul 1.45 petang dan 6.30 petang, 16 Julai 2014.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang membawa hukuman dendasehingga RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

    Sementara itu, di Mahkamah Khas Rasuah Kuching, Sarawak, Hakim Nixon Kennedy Kumbong telah menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM25,000 terhadap seorang pengurus syarikat kerana memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang penjawat awam agar tidak mengambil tindakan terhadap dua orang pekerja asing miliknya yang menyalahgunakan pas pelawat.

    P.Sivadass,48 didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di No. 250, SMI IndustrialPark Phase 3, Demak Laut, Jalan Bako, Kuching pada 20 Julai 2016.

    Pada 28 November 2016, Sivadass telah didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh didenda mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    27 JANUARI 2017

     Ahli Perniagaan Didenda RM200,000 Beri Keterangan Palsu Kepada SPRM PDF
  • SPRM Dakwa Ahli Perniagaan Bertindak Sebagai Orang Tengah Perdaya Kontraktor

    SPRM Dakwa Ahli Perniagaan Bertindak Sebagai Orang Tengah Perdaya Kontraktor

     SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa seorang ahli perniagaan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Seremban hari ini dengan dua pertuduhan berhubung kesalahan menipu seorang kontraktor untuk mendapatkan tender projek di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bernilai RM205,000 enam tahun lalu.

     Ahmad Omar Nordin, 53, yang bertindak sebagai orang tengah mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Fatiyah Idris.

     Mengikut pertuduhan pertama, Omar didakwa menipu kontraktor, Ng Suat Leh, 65, dengan meyakinkan Suat Leh akan memperoleh projek “Proposed Development of New LCCT Terminal and Associated Works at KL International Airport Sepang, Package LF06 – Perimeter Road and Security Road & Fencing,” sehingga menyebabkan mangsa membayar menggunakan Cashier's Order berjumlah RM200,000 atas nama isteri Omar, Jalina Atin.

    Dalam pada itu, Omar juga didakwa menipu Suat Leh kononnya akan memperoleh projek yang sama sehingga menyebabkan Suat Leh mendepositkan wang tunai berjumlah RM5,000 di RHB, juga atas nama Jalina.

    Kesalahan di bawah pertuduhan pertama didakwa dilakukan pada 18 Ogos 2010 di Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban manakala kesalahan seterusnya didakwa dilakukan pada 3 September 2010, di RHB Bank, Jalan Melewar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Omar dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat dan denda.

    Hakim menetapkan 20 Mei 2016 sebagai tarikh sebutan semula kes.

     Pendakwaan bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd Nawawi.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    15 APRIL 2016

    SPRM Dakwa Ahli Perniagaan Bertindak Sebagai Orang Tengah Perdaya Kontraktor  pdf 

     

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
50
Minggu Ini
138
Bulan Ini
1219

Keseluruhan
3447583