跟随我们: social media social media social media social media social media social media social media QR Kod social media 选择颜色:  选择语文: 其他语言 文字体积:
A+ A A-

 

KUCHING, 5 Feb - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato Sharifah Halimah, Pengarah Kastam Negeri Sarawak bertempat di Wisma Kastam, Petra Jaya pada hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah sempena satu Sesi Khidmat Nasihat yang disampaikan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan, SPRM Sarawak berhubung dengan amalan, sistem tatacara kerja pengurusan dan pemantauan ke atas gudang Persatuan Pengimport Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak.

Turut dibincangkan adalah kerjasama dan aktiviti  yang boleh dilaksanakan bersama oleh kedua-dua jabatan sama ada dalam aspek operasi mahupun pencegahan.                                                       

Antara pegawai yang hadir dalam majlis tersebut ialah P/PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sarawak ; PPj Othman Anyan, Ketua Penolong Pengarah PMP SPRM Sarawak, SAC Herman Shah Abdullah, Ketua Bahagian Perkastaman,JKDM Negeri Sarawak serta Pegawai-Pengawai Kanan JKDM Negeri Sarawak dan pegawai SPRM Sarawak.

TOP

浏览人数


今天
4
昨天
47
本星期
4
这个月
1182

所有
3450588