跟随我们: social media social media social media social media social media social media social media QR Kod social media 选择颜色:  选择语文: 其他语言 文字体积:
A+ A A-

 

CHERAS, 13 Okt – Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM menunjukkan komitmen dalam bersama-sama SPRM memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Serbaguna Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Selangor pada hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh YDH Senior Asisten Komisioner Polis Tuan Muhammad Abdul Halim, Komander Briged Tengah PGA dan disaksikan oleh TPj Dato' Hj Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Majlis diserikan dengan Kejohanan Menembak bagi acara Falling Plate antara pasukan SPRM Selangor dan Briged Tengah PGA Cheras di Lapang Sasar PGA Cheras.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YDH Superintenden Polis Tuan Ja'afar Kaimi, Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA; PPj Kamaruzaman Yusoff, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) serta pegawai PenMas SPRM Selangor.

Diharapkan majlis ini mampu mendidik barisan kepimpinan dan pengurusan Briged Tengah PGA Cheras sentiasa mengutamakan nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

TOP

浏览人数


今天
38
昨天
48
本星期
86
这个月
926

所有
3450332