跟随我们: social media social media social media social media social media social media social media QR Kod social media 选择颜色:  选择语文: 其他语言 文字体积:
A+ A A-

 

 

ISKANDAR PUTERI, 22 Okt - Ahli Dewan Undangan Negeri Johor telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Educity Sports Complex Indoor Arena, Iskandar Puteri, Johor pagi tadi.

Majlis telah berlangsung dengan lafaz ikrar bebas rasuah diketuai oleh Y.B Suhaizan Kayat, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor disaksikan oleh Y.A.B Dato' Haji Osman Haji Sapian, Menteri Besar Johor dan Dato' Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Johor.

Seramai 38 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor hadir untuk majlis lafaz ikrar ini. Majlis turut dihadiri hampir seribu penjawat awam seluruh Negeri Johor sebagai tanda sokongan padu kepada SPRM.

TOP

浏览人数


今天
9
昨天
50
本星期
108
这个月
1362

所有
3446182