跟随我们: social media social media social media social media social media social media social media QR Kod social media 选择颜色:  选择语文: 其他语言 文字体积:
A+ A A-

PANGKALAN DATA PESALAH RASUAH

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.

Tambahan pula, pangkalan data ini juga memainkan peranan sebagai alat pengajaran bagi mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan rasuah selain bertindak sebagai faktor yang memberi keinsafan terhadap mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah kerana maklumat mengenai mereka dan kesalahan yang telah mereka lakukan akan dipaparkan dan boleh diakses oleh orang awam selama tempoh tiga (3) tahun bermula dari tarikh ia mula dipaparkan di laman sesawang SPRM.

 

Penafian : "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."

TOP

浏览人数


今天
3
昨天
50
本星期
53
这个月
1231

所有
3450637