JOHOR BAHRU – Dua orang awam mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4 Johor Bahru.

Tertuduh pertama, Gan Kim Hoat, melakukan kesalahan menawarkan wang tunai RM1,000.00 kepada ASP Mohd Ali bin Ahmad, Pegawai Polis dari Cawangan D7, Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat, Ibu Pejabat Kontinjen Johor, manakala tertuduh kedua, Liow Eek Chong, memberi rasuah wang tunai RM3,050.00 kepada pegawai polis yang sama untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengajikan warga asing yang tidak mempunyai permit dan disyaki menjadi orang tengah di dalam aktiviti persundalan.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, YA Mohd Haldar bin Abdul Aziz.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa PKPs Haji Mohd Sajori bin Martubi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Tertuduh pertama dijatuhkan hukuman penjara 1 hari dan denda RM10,000.00 atau 6 bulan penjara, sementara tertuduh kedua dijatuhkan hukuman penjara 1 hari dan denda RM16,000.00 atau 6 bulan penjara. Kedua-dua tertuduh membayar denda dan wang rasuah RM3,050.00 dilucuthakan dan dijadikan hasil Kerajaan.

 

Lampiran                                     Tarikh
Rasuah Membawa Padah 23/10/2012
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
51
Minggu Ini
53
Bulan Ini
937

Keseluruhan
3424566