LABUAN – Mahkamah Sesyen hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 21 hari dan denda RM20,000.00 setiap seorang ke atas bekas kerani dan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) Labuan atas kesalahan membuat tuntutan palsu di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan rasuah 1997. Terdahulu, pada 29 April 2011 kedua-dua tertuduh telah dilepaskan daripada tuduhan tersebut bagaimanapun pihak Pendakwaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pertama Rahimah Binti Abdul Rashid, 48 , Pembantu Tadbir dituduh dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Baucer Bayaran Tuntutan Kerja-Kerja Kecemasan pada 13 Mac 2008 iaitu bagi kerja Mengorek Dan Mendalamkan Muara Sungai Batu Manikar sedangkan kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Bagi pertuduhan kedua, Fatimah telah menggunakan niat untuk memperdayakan prinsipalnya dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi kerja yang tidak dilaksanakan iaitu baucer Bayaran Tuntutan Kerja-Kerja Kecemasan pada 11 Mac 2008 iaitu kerja Mengorek Dan Mendalamkan Muara Sungai Miri.

Manakala tertuduh kedua, Shahrunizam Bin Mashkor, 48, Pengarah JPS dituduh atas dua pertuduhan iaitu bersubahat dengan Rahimah melakukan kesalahan kedua-dua kesalahan diatas yang dibaca bersama Seksyen 20 Akta yang sama.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan kedua-dua tertuduh didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim, Awang Kerisnada bin Awang Mahmud membenarkan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jumlah jaminan dan syarat yang sama seperti semasa kedua-duanya dituduh di Mahkamah Sesyen sebelum ini iaitu RM10,000.00 dan deposit RM3,000.00 dengan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Awang Samsul Baharam Bin Bungso manakala Fatimah diwakili peguam Rebeca Taimin dari Ansari & Co. Sementara Shahrunizam diwakili peguam Rakhbir Singh.

Bagi kesalahan di bawah seksyen 11 ( c) APR 1997 tetuduh boleh dipenjara selama tidak kurang empat belas hari dan tidak lebih dua puluh tahun Serta denda RM10,000.00.

 

Lampiran                                     Tarikh
Bekas Kerani dan Pengarah JPS Dijatuhkan Hukuman Penjara dan Denda 19/10/2012
Hit: 7302