JOHOR BAHRU – Pemilik Syarikat Love Heart Ice Cube Manufacturing Sdn. Bhd. mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4 Johor Bahru.

Tertuduh, Tan Geok Chan, 53 tahun, pada 19 Ogos 2011 jam lebih kurang 4:30 petang telah memberi wang rasuah RM3,000.00 kepada Akmal bin Razman, Jurutera Zon Selatan (SEAL) di di BV Car Wash, 9022 Jalan Dato’ Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan kesalahan mengubahsuai meter bacaan letrik di syarikatnya.

Pertuduhan dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, YA Mohd Haldar bin Abdul Aziz. Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin binti Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Tertuduh mengaku bersalahan atas pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara 1 hari dan denda RM15,000.00 atau 6 bulan penjara. Tertuduh membayar denda dan wang rasuah RM3,000.00 dilucuthakan dan dijadikan hasil kerajaan.

Bagi kesalahan diatas, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) ASPRM 2009 iaitu penjara maksima 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00 mmana yang lebih tinggi.

 

Lampiran                                     Tarikh
Pemilik Syarikat Dipenjara 1 Hari dan Denda RM15,000.00 17/12/2012
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
48
Minggu Ini
338
Bulan Ini
1222

Keseluruhan
3424851