SHAH ALAM, 20 Dis – Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara tiga (3) tahun dan denda RM 132,500 ke atas Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.

Tertuduh  didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh, Datuk Bakaruddin Othman,58 yang kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No. 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan tertuduh di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 dimana tertuduh mempunyai kepentingan langsung.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya,  Muhammad Saifuddin Bin Hashim Musaimi dan Nik Azrin Zairin Nik Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Akberdin dan Dato’ Jarjit.

 

Lampiran                                     Tarikh
Bekas YDP Selayang dipenjara 3 tahun, denda RM132,500 20/12/2012
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
47
Minggu Ini
2
Bulan Ini
738

Keseluruhan
3425894