JOHOR BAHRU, 23 JANUARI 2013 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini telah membuat pertuduhan ke atas seorang warganegara Vietnam di Mahkmah Sesyen Jenayah Rasuah (5) Johor Bahru, kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Truong Minh Thao, 28 tahun, pekerja pemasang syiling, didakwa telah memberi rasuah sebanyak RM200.00 kepada Mohd Noorhakim bin Idros, Pembantu Penguatkuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan Johor, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan mengeluarkan saman ke atasnya kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pertuduhan dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 5, Y.A Tuan Mohd Nasir bin Nordin. Pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa PkPs Tuan Haji Mohd Sajori bin Martubi, manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara 1 hari dan denda RM10,000.00 atau 3 bulan penjara.  Tertuduh gagal membayar denda dan menjalani hukuman penjara.  Wang RM200.00 dilucuthakan dan dijadikan hasil kerajaan.

Bagi kesalahan diatas, tertuduh boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, iaitu penjara maksima 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00 mana-mana yang lebih tinggi.

 

Lampiran                                     Tarikh
Warganegara Vietnam Hadapi Hukuman Penjara dan Denda kerana Rasuah 23/01/2013

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
50
Minggu Ini
266
Bulan Ini
675

Keseluruhan
3430298