SHAH ALAM – Gara-gara menipu untuk memberikan tender menaiktaraf jalan jalan  di Benta- Jerantut, Pahang, dua pengarah syarikat swasta menerima padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini,semalam.

Mohd Rozian Md Yunus, 49, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, denda RM250,000 dan empat sebatan, sementara rakannya, Mohd Faaris Mohd Yusof,  dikenakan hukuman penjara tiga tahun sembilan bulan serta empat sebatan.

Hakim M Bakri Abd Majib membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Rozian bersalah atas dua tuduhan menipu dan memberi rasuah manakala Mohd Faaris juga didapati bersalah terhadap  dua tuduhan menipu serta menyembunyikan barang kes.

Mahkamah juga mengarahkan Mohd Rozian menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pada pertuduhan bersama yang didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kedua tertuduh didapati bersalah menipu Pengarah Urusan Triple Berhad, Ibrahim Md Yusof dengan memperdaya lelaki berkenaan

antara 7 dan 8 September 2010 dibilik mesyuarat tingkat 9, Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam untuk mempercayainya bahawa Syarikat Eurisco Bina Sdn Bhd telah mendapatkan projek cadangan menaiktaraf jalan Benta- Jerantut, fasa satu (Jerantut- Benta) Segmen 8,9 & 10 (Reka & Bina) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui surat bertarikh 30 Ogos 2010.

Mereka berdua kemudiannya telah mendorong Ibrahim untuk memeterai perjanjian antara Syarikat Triple dengan Syarikat Eurisco dan mengarahkan Ibrahim membayar RM500,000 melalui cek RHB bank Berhad sebagai wang pendahuluan dimana Ibrahim tidak akan menyerahkan wang berkenaan sekiranya tidak diperdayakan.

Mereka juga bersalah atas tuduhan menipu mangsa sama dengan mendorong Ibrahim menyerahkan wang RM1juta bagi tujuan sama ditempat sama, antara 20 dan 21 September 2010.

Bagi pertuduhan dibawah Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Rozian juga didapati bersalah menerima rasuah RM50,000 daripada Konsultan Syarikat Pembinaan, Datuk Zamzuri Abdul Ghaffar yang kononnya untuk diberikan kepada Timbalan Pengarah 1 JKR, Datuk Ir Mohamad Husin sebagai upah untuk pihak JKR mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tander bagi projek menaiktaraf jalan Benta- Jerantut.

Mohd Rozian melakukan kesalahan itu di Cosmo Lounge Hotel Hilton, Kuala Lumpur, jam 6.50 petang, 9 Febuari 2011.

Selain itu, Mohd Faaris juga didapati bersalah atas pertuduhan dibawah Seksyen 48(e) ASPRM 2009 apabila cuba menyembunyikan pendrive, cakera padat dan dokumen melalui Muhazani Muhammad dan Hairudin Kamal daripada pengetahuan pegawai SPRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan olehnya di pejabat Eurisco, Lot E-7-5 Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya, Roziza Sidek memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk menipu semua mangsa dan mencemarkan imej jabatan kerajaan.

Terdahulu Peguambela kedua-dua tertuduh, Raja Ismail Raja Mohd Ali  dan M Rajakumaran  dalam hujahan memohon agar anak guamnya diberikan hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan

menanggung anak yang masih bersekolah.

TAMAT.

 

Lampiran                                     Tarikh
Tipu: Dua Pengarah Syarikat Terima Hukuman Penjara 18/02/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
48
Minggu Ini
337
Bulan Ini
1221

Keseluruhan
3424850