SEREMBAN, 12 Mac 2013 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah  membuat pertuduhan ke atas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh di Mahkamah Khas Rasuah Seremban, di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Baba Abu, 42, telah mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan. Dalam pertuduhan, beliau didakwa  pada 4 Ogos 2010, jam lebih kurang 12.30 tengahari, di K.M 18, Jalan Seremban – Kuala Pilah, Ulu Bendul, dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan didakwa merasuah  wang tunai RM 500.00 kepada seorang anggota polis, Kalathurai a/l Karuppiah, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, sebagai dorongan kepada Kalathurai untuk tidak melakukan tangkapan ke atas tertuduh yang telah menggunakan dadah jenis ganja.

Hakim Datin Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.00 terhadap tertuduh. Bagaimanapun tertuduh yang gagal membayar denda, dipenjarakan selama empat (4) bulan.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fairuz Johari manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Bagi kesalahan di atas, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 24 ASPRM 2009 iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM 10,000.00 mana-mana yang lebih tinggi.

 

Lampiran                                     Tarikh
Buruh Dipenjara 4 Bulan Akibat Merasuah Polis 12/03/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
48
Minggu Ini
337
Bulan Ini
1221

Keseluruhan
3424850