SHAH ALAM - Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor  dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan wang tunai sejumlah RM 18,000.00.

Suziana Zamli, 33 yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa atas dua pertuduhan menerima Rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Tertuduh didakwa memperoleh suapan berjumlah RM10,000 dan RM 8,000 untuk melepaskan tahanan yang ditangkap dan direman oleh pihak polis kerana disyaki  terbabit dalam kes dadah.

Pertuduhan pertama dibawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 tertuduh  pada 6 Oktober 2011 lebih kurang 3.30 petang Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Kelang, Selangor sebagai seorang ejen  Kerajaan Malaysia, iaitu Inspektor Polis Diraja Malaysia, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM10,000 daripada Nurul Faranika Bakar sebagai dorongan untuk melepaskan Effendy Bakar yang ditangkap dan direman PDRM kerana kesalahan memiliki dadah dibawah Sek 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan kedua di bawah akta sama, beliau didakwa melakukan kesalahan pada 10 Oktober 2011 lebih kurang 12.20 tengah hari di pejabat Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah IPPD Klang Selatan, dalam Daerah Klang, Selangor telah secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM8000.00 daripada individu sama sebagai dorongan untuk melepaskan Effendy Bakar yang ditangkap dan direman PDRM kerana kesalahan memiliki dadah dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Tuan Asmadi Hussin, menetapkan 18 April sebagai tarikh sebutan semula dan wang jaminan sebanyak RM 10,000.00 bagi kedua-dua pertuduhan. SPRM diwakili oleh Pegawai Pendakwa Mohd Shukri Seman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Lampiran                    Tarikh
Inspektor Polis Wanita Dituduh Rasuah 12/03/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
9
Semalam
47
Minggu Ini
307
Bulan Ini
716

Keseluruhan
3430339