KUANTAN – Dua sahabat didenda  antara RM 3000.00 ke RM 6000.00 setiap  seorang selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Pekerja kontrak, Rosasuan Rosly, 35 mengaku salah terhadap satu pertuduhan menerima suapan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dikenakan keatasnya.

Manakala  bagi pertuduhan kedua, tertuduh dan rakannya Sharul Nizam Tajul Arul ,43 mengaku salah terhadap pertuduhan bersama menyamar sebagai Pegawai SPRM dibawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan.

Hakim Fathiyah Kadir menetapkan denda RM 3000.00 bagi setiap kesalahan yang dikenakan kepada  Rosasuan manakala denda RM3000.00 dikenakan kepada Sharul Nizam.

Bagi pertuduhan pertama Rosasuan didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan apabila pada 14 Julai 2010, jam lebih kurang 7.09 malam di CIMB Berhad Cawangan Bera,  Bera, Pahang telah secara rasuah menerima suapan  wang tunai RM 2,000.00 melalui akaun bank miliknya apabila menipu dengan jalan samaran iaitu menyamar sebagai Pegawai SPRM  untuk tidak melaporkan berhubung kegiatan aktiviti pembalakan haram yang dikatakan dilakukan oleh Amir bin Abdul Rahman.

Manakala bagi pertuduhan bersama,  kedua tertuduh didakwa dengan niat bersama pada 12 Julai 2010, jam lebih kurang 7.20 malam di Gerai No. 1 Restoran Man Corner, Bera, Pahang, telah secara rasuah menerima suapan iaitu wang tunai RM 300.00 daripada Amir bin Abdul Rahman dengan menipu dengan jalan samaran iaitu menyamar sebagai Pegawai  SPRM untuk tidak melaporkan berhubung kegiatan aktiviti pembalakan haram yang dikatakan dilakukan oleh Amir bin Abdul Rahman.

Pihak pendakwaan SPRM, diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafinas  Shahbudin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

TAMAT.

 

Lampiran                    Tarikh
Dua Dituduh Menyamar Sebagai Pegawai SPRM 01/04/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
32
Semalam
48
Minggu Ini
80
Bulan Ini
882

Keseluruhan
3433615