SHAH ALAM, 30 Mei 2013 - Seorang bekas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPK) didakwa menerima suapan RM2,000 dan telefon bimbit tahun lalu.

Tertuduh Amar Assuat Abu Bakar, 29,  tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Dia yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred N27 di MPK, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima suapan  di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini, hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 7 Disember 2012, jam lebih kurang 2.45 petang di Old Town White Coffee, Taman Berjaya, Sg Chua, Kajang, Selangor apabila menerima untuk dirinya melalui Mohd Asyraf B. Mohd Yusof, suatu benda berharga iaitu wang tunai RM2,000 dan satu unit telefon bimbit Samsung Galaxy Note tanpa sebarang balasan daripada Romiezal B. Mohd Noor yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, di mana dia bekerja.

Suapan tersebut kononnya diterima supaya tertuduh tidak mengganggu aktiviti perniagaan pembuangan sisa pepejal oleh pengadu.

Pihak Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diwakili oleh Pegawai Pendakwa Wan Ahmad Nidzam Wan Omar menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun Datuk Takiyyuddin Hj Yahya, peguam bela yang mewakili tertuduh, memohon supaya jumlah tersebut dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai tangungan    baru menjalankan perniagaan dan hanya berpendapatan RM1,000 sebulan sahaja setelah berhenti kerja di MPK.

Hakim M. Bakri Abd Majid menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan 17 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

TAMAT.

 

Lampiran                    Tarikh
Bekas Penguat Kuasa MPK Didakwa Terima Suapan RM2,000 Dan Telefon Bimbit 30/05/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
47
Minggu Ini
23
Bulan Ini
777

Keseluruhan
3430400