GEORGETOWN - Seorang penimbang tara bertauliah, Yusof Holmes Abdullah, 69, hari ini dikenakan tuduhan meminta rasuah RM6 juta sebagai dorongan bagi menyelesaikan satu pertikaian membabitkan dua syarikat tahun lalu.

Ia merupakan kes besar bersejarah membabitkan seorang penimbang tara bertauliah.

Turut didakwa seorang ahli perniagaan Datuk Siaw Teck Hwa, 59, yang bertindak sebagai ejen bagi Yusof Holmes.

Yusof Holmes dan Siaw didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pagi ini.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Yusof Holmes, salah seorang penimbang tara dari Pusat Penimbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 1 Ogos dan 30 September lalu dengan menghantar e-mel kepada Goh Nai Kooi @ Gah Mai Kwai iaitu Pengarah JMR Construction Sdn Bhd untuk mendapatkan RM6 juta bagi membuat satu keputusan yang memihak syarikat itu.

Syarikat itu terlibat dalam pertikaian dengan Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.

Hakim Zulhazmi Abdullah menetapkan wang jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid manakala Yusof Holmes diwakili Raj Shanker manakala Siaw diwakili Messrs Zainal Badrol dan Zainal Fikri Ahmad.

Bagi kesalahan tersebut tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

 

Lampiran                    Tarikh
Rasuah RM6 juta: Penimbang tara, Ahli Perniagaan Didakwa 26/06/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
339
Bulan Ini
387

Keseluruhan
3430010