KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Seorang pengurus projek syarikat pembinaan hari ini dihukum penjara dan didenda selepas dia mengaku bersalah menawar dan memberikan rasuah kepada pegawai penguat kuasa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tahun lalu.

Yong Yaw Loong, 38, pengurus projek Pembinaan Bintang Baru Sdn Bhd yang di‎hadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ‎mengaku bersalah menawar dan memberikan suapan RM3,000 kepada seorang Eksekutif Kanan Seksyen Penguatkuasaan, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan Syabas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung kesalahan membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah di tapak pembinaan syarikatnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Jun 2013 di bilik mesyuarat tapak pembinaan Pembinaan Bintang Baru Sdn Bhd, di Ampang dekat sini.

Tertuduh disabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain memutuskan hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 bagi kesalahan menawarkan suapan dan hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 bagi kesalahan memberikan suapan.

Yong diwakili peguam Ramesh Lachmanan.

Hukuman penjara berjalan serentak bagi kedua-dua kesalahan tersebut. 

Jika Yong gagal membayar denda, dia akan dikenakan 12 bulan penjara bagi setiap kesalahan.

Hakim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya supaya wang suapan dijadikan hasil kerajaan.

 

Lampiran                    Tarikh
Pengurus Projek Rasuah Pegawai Penguat Kuasa SYABAS Dipenjara, Didenda 07/08/2014
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
47
Minggu Ini
22
Bulan Ini
776

Keseluruhan
3430399