KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Seorang bekas penolong pengarah ukur bahan Jabatan Kerja Raya Sarawak yang dikenakan tujuh tuduhan menerima rasuah menerusi akaun isterinya tahun lalu, hari ini mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Justeru, Mahkamah Sesyen mengenakan denda RM35,000 iaitu RM5,000 bagi setiap tuduhan.

Ismail Ahim, 60, dikenakan tuduhan rasuah pada Oktober tahun lalu membabitkan pembayaran ansuran kereta milik isterinya‎ daripada sebuah syarikat pembinaan.

Tertuduh ‎mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM8,624 melalui akaun isterinya, Norinah Abdul Ghani, 47, di AmBank (M) Berhad cawangan Taman Maluri antara 24 April 2007 dan 18 Jan 2008 dalam tujuh transaksi berasingan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin.

Hakim Mohd Nasir Nordin‎ menetapkan  denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Ismail yang diwakili peguam Fahri Azzat.

Jika gagal membayar denda, beliau akan dikenakan hukuman empat bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

 

Lampiran                    Tarikh
Bekas Penolong Pengarah JKR Mengaku Salah Tujuh Tuduhan Rasuah, Didenda RM35,000 07/08/2014
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
47
Semalam
54
Minggu Ini
259
Bulan Ini
307

Keseluruhan
3429930