SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 15 orang – 13 pegawai penguat kuasa dan seorang bekas penguat kuasa serta seorang awam – yang disyaki terbabit melindungi aktiviti menyeludup keluar petrol dan diesel secara haram ke negara jiran melalui pintu masuk sempadan di utara Semenanjung.

Kesemua mereka kecuali orang awam, yang merupakan pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), dipercayai menerima suapan daripada pengusaha-pengusaha stor minyak petrol dan diesel yang tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Kedah.

Daripada yang ditahan itu, lima merupakan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), seorang bekas pegawai UPP dan masing-masing enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak dan dua di Kedah.

Pesara yang ditahan merupakan seorang bekas pegawai berpangkat ASP, yang bersara baru-baru ini. Dia ditahan di rumahnya di Alor Star.

Sebahagian anggota UPP ditahan di Kompleks Unit Pencegahan Penyeludupan di Bukit Kayu Hitam manakala anggota PGA terbabit ditahan di sekitar Bukit Kayu Hitam.

Seorang awam, yang  dipercayai bersubahat dengan suspek, ditahan di Ipoh.

Kesemua mereka, yang berumur antara 20-an dan 60-an, merupakan anggota polis dan pegawai berpangkat Konstabel, koperal dan ASP. 

Mereka ditahan sejak pagi ini.

Pegawai-pegawai penguat kuasa terbabit ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Licin 2 yang diadakan di negeri Perak dan Kedah.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

2 MAC 2015

 

Lampiran Tarikh
SPRM Tahan 15 Termasuk Bekas Pegawai UPP 02/03/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
47
Minggu Ini
302
Bulan Ini
711

Keseluruhan
3430334