MELAKA, 15 Mac– Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Harun hari ini memuji inisiatif yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam meningkatkan sokongan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah yang digerakkan oleh Suruhanjaya ini dengan mengadakan program anak angkat khusus bagi pegawai baru. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Program Anak Angkat Pemerkasaan Kerjaya SPRM di Sg Udang, Jumaat lalu. Menurutnya, Suruhanjaya ini telah melalui perjalanan yang panjang untuk berada pada kedudukannya hari ini iaitu sebagai sebuah Suruhanjaya. “Kita yakin dan pasti kewujudan SPRM pada hari ini sebagai satu komponen di dalam struktur pentadbiran kerajaan yang mempunyai hubungan langsung dengan sistem masyarakat dalam bentuk pendidikan,sistem, gagasan, dan penguatkuasaan. “Kita tak dapat lari dari meletakkan diri dalam meletakkan hubungan yang rapat dengan SPRM kerana kita ingin bina kehidupan yang sempurna dan ia perlu dibina dengan bersungguh-sungguh dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama. “Maka hari ini terjadilah SPRM bersama masyarakat seperti hari ini bagi berkongsi nilai-nilai itu dengan masyarakat. Kita kena hargai ini, yang mereka lakukan ini adalah untuk mendidik masyarakat untuk membina masyarakat yang makmur supaya ada keberkatannya,” katanya ketika berucap. Program berkenaan merupakan sebahagian daripada modul bagi Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 15 yang disertai oleh 41 pelatih pegawai SPRM dalam usaha memberi kefahaman dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Suruhanjaya ini. Ia merupakan modul yang dirangkan khas oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memberi pendedahan kepada pegawai baru Suruhanjaya ini dekat dengan masyarakat selaras dengan konsep Merakyatkan SPRM. Idris pada masa sama turut memberi saranan kepada warga DUN Sg Udang yang terbabit dalam program tersebut supaya mengambil kesempatan itu, untuk mengenali entiti pencegahan rasuah negara ini dengan lebih dekat.
“Kita kena hargai usaha ini (program anak angkat), yang mereka lakukan ini adalah untuk mendidik masyarakat untuk membina masyarakat yang makmur supaya ada keberkatannya. “Jika sebelum iniSPRM dan masyarakat ada satu garisan yang memisahkan tetapi hari ini SPRM masuk dalam rumah anda. “Dulu mungkin takut tapi kini tidak. Jadi ambil kesempatan ini untuk ambil tahu tentang elemen-elemen korupsi dan rasuah secara jelas,” katanya. Program selama empat hari itu bermula 12 Mac lalu dan berakhir semalam. Manakala, pada program penutup yang diadakan semalam, Ketua Menteri Melaka diwakili oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Dato' Dr Abu Bakar Mohamad Diah merakamkan setinggi penghargaan kepada SPRM kerana memilih DUN Sungai Udang sebagai lokasi Program Anak Angkat kali ini.

Selain aktiviti kemasyarakatan, program selama empat hari itu turut mengadakan aktiviti bual bicara khusus bagi pengurusan setempat bersama pegawai SPRM dan pemimpin tempatan.

Antaranya program Bicara Agama bertema Integriti dan Rasuah oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Professionalisme SPRM, Dato' Zakaria Jaffar dan Forum Pembanterasan Rasuah yang turut menampilkan Senator Zali Md Yasin sebagai panel.

Turut hadir pada program penutup semalam ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Dato' Shamsun Bahrin Md Jamil serta Pengarah MACA, Dato'Abdul Wahab Abd Aziz.

Lampiran Tarikh
Ketua Menteri Puji Inisiatif Merakyatkan SPRM Melalui Program Anak Angkat 13/03/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
43
Semalam
48
Minggu Ini
356
Bulan Ini
404

Keseluruhan
3430027