Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan empat lagi pegawai dan kakitangan Pejabat Veterinar bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menerima su‎apan daripada pembekal dan bersubahat memalsukan dokumen tuntutan bekalan dan pembayaran program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF). Tiga pegawai ditahan di Muar manakala seorang lagi di Segamat. Kesemua yang ditahan hari ini berumur dalam lingkungan 40-an sehingga 50-an termasuk Pegawai Perkhidmatan Veterinar G36 dan Pembantu Veterinar G17. Mereka yang ditahan di Muar kemudian dibawa ke SPRM Melaka untuk diambil keterangan. Operasi yang dinamakan Ops Tanduk dilancarkan Ahad lalu. Jumlah itu menjadikan 16 orang telah ditahan oleh SPRM setakat hari ini. Kesemua mereka termasuk dua wanita telah dilepaskan selepas diambil keterangan. Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. SPRM Johor melancarkan Ops Tanduk susulan aduan orang awam berhubung penyelewengan berhubung pembekalan lembu dan kerbau kepada penternak program PINTAF. Program PINTAF yang memperuntukkan RM3 juta merupakan program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menyalurkan bantuan aktiviti pembangunan ternakan. Ia merupakan satu pinjaman tanpa faedah. Dianggarkan lebih 150 penternak di Johor Bahru sepatutnya mendapat bantuan dari program PINTAF. Maklumat yang diterima SPRM menunjukkan ramai tidak menerima bantuan sewajarnya. AZMI ALIAS
PENGARAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA JOHOR
JOHOR BAHRU
22 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
Ops Tanduk: SPRM Johor Tahan Empat Lagi Pegawai Veterinar 22/04/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
54
Minggu Ini
223
Bulan Ini
271

Keseluruhan
3429894