Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyita dua lagi kereta, dipercayai kenderaan diklon, yang diseludup ke Malaysia dari negara jiran. JPJ menyita sebuah kereta Lexus di kawasan Padang Jawa, Klang, Selangor dalam satu operasi pagi ini. Dalam pada itu, SPRM telah menyita sebuah kereta Honda Odyssey milik seorang guru di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kereta terbabit ditahan oleh Polis Diraja Malaysia apabila guru terbabit membuat laporan polis semalam. Sehingga semalam sebanyak 169 kenderaan telah disita oleh SPRM dan JPJ di Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Sebanyak 153 daripada 169 kenderaan terbabit disita di Terengganu oleh JPJ yang kemudiannya menyerahkan kepada SPRM Terengganu untuk tindakan siasatan lanjut. SPRM akan memanggil kesemua 153 pemilik kenderaan diklon itu untuk diambil keterangan. SPRM dan JPJ percaya bahawa selain di Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan, kenderaan klon juga terdapat di negeri-negeri lain. Operasi akan dijalankan oleh SPRM dan JPJ untuk mengesan kenderaan diklon. DATUK AZAM BAKI
PENGARAH PERISIKAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
Dua Lagi Kereta Diklon Disita 23/04/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
47
Minggu Ini
21
Bulan Ini
775

Keseluruhan
3430398