PUTRAJAYA - Masyarakat tidak harus menilai pretasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berdasarkan jumlah pendakwaan semata-mata kerana membanteras rasuah merupakan satu tugas yang amat rumit. Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, membanteras rasuah tidak dilakukan secara terbuka bagi melindungi suspek, bukan seperti kegiatan lain. “SPRM tidak boleh mendedahkan perkara yang masih dalam siasatan. Berilah peluang kepada SPRM yang telah pun diberi lebih kuasa dan sumber,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat pertama LPPR Sesi 2015-2018 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. LPPR turut dianggotai oleh mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, mantan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan, Datuk Dr Hamzah Kassim; mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah; Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia, Datuk David Chua Kok Tee, mantan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan mantan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategik Asia (ASLI), Tan Sri Dato’ Dr Michael Yeoh Oon Kheng, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr Shamusl Amri Baharuddin, dan mantan Pensyarah Universiti Malaya dan Presiden Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE), Datin Halimah Mohd Said juga merupakan ahli LPPR. Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz memberitahu, SPRM kini bergerak maju ke depan menjangkaui harapan masyarakat. Selain itu katanya, SPRM juga akan bersikap lebih terbuka dan menjadikan pelbagai pihak termasuk media sebagai rakan kerjasama. “Bagi tujuan tersebut, LPPR juga telah bersetuju untuk mengadakan sidang media setiap kali selepas lembaga ini bermesyuarat," kata beliau sambil menambah, LPPR juga akan mengadakan pertemuan dan jalinan kerjasama dengan 'stakeholder' yang lain di luar Lembah Klang bagi meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan rasuah. Sehubungan itu jelas beliau, dakwaan yang mengatakan SPRM tidak adil dan telus dalam menjalankan siasatan salah laku rasuah adalah tidak adil sama sekali. Jelas beliau, setiap tindakan yang diambil oleh suruhanjaya ini dipantau oleh lima badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme 'check and balance' untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Berkaitan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta SPRM 2009 , Tunku Aziz berkata, LPPR berharap kesemua Ahli Parlimen tidak kira parti akan menyokong pindaan itu khususnya bagi mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai SPRM dan aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya. “Membanteras rasuah bukanlah perkara yang perlu dipolitikkan kerana ia adalah untuk kebaikan negara. Jadi semua pihak perlu menyokong demi kebaikan negara,” ujarnya. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
Pengerusi LPPR: SPRM Operasi Dengan Bebas, Prestasi Bertambah Baik 23/04/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
53
Minggu Ini
182
Bulan Ini
591

Keseluruhan
3430214