MERUJUK kepada kenyataan bertajuk "MP: Enough evidence to probe PM's wealth' di Malaysiakini hari ini, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak sama sekali ada mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menolak (dismissed) aduan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulai, YB Teo Nie Ching berhubung harta milik keluarga Perdana Menteri kepada SPRM. Apa yang saya memberitahu wartawan adalah sesiapa sahaja boleh membuat aduan kepada SPRM tetapi aduan yang dibuat harus mempunyai bukti. Sekiranya ada bukti (substance), sudah pasti SPRM akan menjalankan siasatan. Berdasarkan peruntukan Akta SPRM 2009, SPRM sentiasa menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah dengan adil, bebas dan profesional. Selaku Ahli Parlimen yang menggubal undang-undang saya pasti YB Teo akan faham perkara ini. Di sini saya ingin memetik apa yang diperkatakan oleh saya pada sidang media semalam. "If there are people concerned about the Prime Minister's wealth, they know what they can do. Make a police report, but it has to be one with substance. “It is not about going to the police station, have your picture taken surrounded by people and be famous for one day. "I'm not saying the PM should be wrapped in cotton wool or shouldn't be questioned. "He should be held accountable for what he does, but before we accuse him of wrongdoing, come up with the evidence. "If you have strong evidence, make a report, and the police will investigate. The MACC will act if there is any element of corruption. "I encourage anyone with evidence of wrongdoing by the PM to go ahead and make a report. This is a democracy.” Berdasarkan pengalaman saya 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah dan urus tadbir baik, saya tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk membezakan antara penyiasatan dan hukuman sebenar.
TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU IBRAHIM
PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
24 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
Pengerusi LPPR: �Saya Tidak Pernah Kata SPRM �Dismissed� Laporan MP Teo Kepada SPRM� 24/04/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
48
Minggu Ini
69
Bulan Ini
478

Keseluruhan
3430101