KOTA BHARU, 10 Mei - Seorang nelayan warganegara Vietnam hari ini dikenakan hukuman penjara sebulan dan didenda RM10,000 selepas dia mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang Pegawai Penguat Kuasa Maritim pada Mac lalu.

Hukuman penjara ke atas tertuduh, Nguyen Uan Phong, 33, ditambah sebulan lagi selepas dia tidak dapat membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Tertuduh didakwa di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi rasuah wang tunai RM5,000 kepada Laskar Kanan Maritim Ismail Mat Ali sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap dia dan awak-awak yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot nelayan Vietnam di perairan Malaysia.

Dia melakukan kesalahan tersebut pada 22 Mac 2015, lebih kurang pukul 11.30 pagi di Perairan Tok Bali, dalam Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan mewakili SPRM manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lampiran Tarikh
Nelayan Warga Vietnam Mengaku Bersalah Rasuah Pegawai Maritim 12/05/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
44
Semalam
48
Minggu Ini
357
Bulan Ini
405

Keseluruhan
3430028