1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima satu aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta. 2. Bagi maksud menyiasat dakwaan ini, keterangan seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda Sarawak telah diambil. Turut diambil keterangan ialah seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an, yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik Kerajaan Negeri Sarawak tersebut. Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan. 3. Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik Menteri Muda tersebut telah dibekukan.
DATO’ MOHAMAD JAMIDAN BIN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
13 MEI 2015

Lampiran Tarikh
Menteri Muda Sarawak Disiasat Berhubung Dakwaan Rasuah Dan Salah Guna Kuasa 13/05/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
48
Semalam
47
Minggu Ini
143
Bulan Ini
552

Keseluruhan
3430175