Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil pemilik syarikat pembalakan dan kilang-kilang papan yang telah diserbu untuk diambil keterangan mengenai kayu balak yang disita di premis masing-masing dalam Ops Gergaji yang sedang dijalankan.

Siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca kilang papan yang diserbu terbabit menerima atau dibekalkan dengan kayu balak yang ditebang secara tidak sah.

Sehingga ke hari ini, Ops Gergaji telah menyita lebih 1,570 batang kayu balak, yang nilainya dianggarkan hampir RM1 juta ringgit.

SPRM juga telah memanggil 14 orang yang terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat yang kilang papan dan logponds diserbu untuk membantu siasatan.

Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah dilancarkan pada 12 Mei 2015.

Ops Gergaji membabitkan serbuan ke atas 49 lokasi di enam kawasan di seluruh Negeri Sarawak.

Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh SPRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

DATO' MOHAMAD JAMIDAN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
14 MEI 2015

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
43
Semalam
48
Minggu Ini
356
Bulan Ini
404

Keseluruhan
3430027