SEORANG Penolong Jurutera Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini berhubung pertuduhan memperoleh suapan berbentuk kerja-kerja perkhidmatan bernilai RM56,240 daripada sebuah syarikat kontraktor tiga tahun lalu.

Mohd. Dasuky Abdul Manaf, 27, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Mei hingga Julai 2012 sebagai dorongan dia memperaku dan mengesahkan bahawa keseluruhan kerja itu perlu dikurniakan kepada syarikat Primak.

Tertuduh bertindak demikian bagi membolehkan Teras Paskal Enterprise, syarikat miliknya, memperoleh subkontrak kerja-kerja 'guardrails' Projek Kerja-kerja Penyenggaraan Parit Induk Di Jalan 2/48A dan Jalan Dato Senu 3, Sentul, Kuala Lumpur yang bernilai RM56,240.

Tertuduh telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.55 pagi 14 Mei 2015.

Mohd. Dasuky dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Lokman Kassim.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan Hakim Mahkamah Sesyen Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kes ini akan disebut semula pada 22 Jun 2015.

Lampiran Tarikh
Penolong Jurutera Awam DBKL Dituduh Terima Rasuah RM56,240 19/05/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
53
Minggu Ini
186
Bulan Ini
595

Keseluruhan
3430218