SEORANG bekas pengarah syarikat perladangan di Cameron Highlands dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini berhubung lapan tuduhan kesalahan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram - keseluruhan nilai lebih RM2 juta, yang dilakukan kira-kira lapan tahun lalu. Pannirselvam Subramaniam, 61, bekas pengarah Blue Valley Plantation Sdn Bhd menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dan minta dibicarakan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini susulan aduan sekumpulan 24 individu yang percaya wujud elemen penyelewengan dana hasil penjualan tanah milik mereka di Blue Valley Plantation, Cameron Highlands pada tahun 2012. * Di bawah tuduhan pertama, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah membabitkan satu cek bernilai RM216,666.65 pada 27 Jun 2008 di Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh. * Di bawah tuduhan kedua, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah membabitkan cek bernilai RM216,666.65 pada 27 Jun 2008 di Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh. * Di bawah tuduhan ketiga, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah membabitkan cek bernilai RM216,666.70 pada 27 Jun 2008 di Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh. * Di bawah tuduhan keempat, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah membabitkan cek RM400,000.70 pada 8 Ogos 2007 di pejabat firma guaman K.H. Ong dan Ng Advocates & Solicitors, Taman Chateau, Ipoh Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh. Dia menghadapi kesemua empat tuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebat dan juga boleh dikenakan hukuman denda. Pannirselvam juga berhadapan dengan empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. * Mengikut pertuduhan pertama di bawah seksyen itu, dia dituduh didapati terlibat dalam amalan pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek Public Bank Berhad bernilai RM216,666.65 milik firma guaman Ong Keong Huat ke dalaman akaun Public Bank Berhad milik tertuduh pada 27 Jun 2009, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh yang demikian telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. * Mengikut pertuduhan kedua di bawah seksyen itu, dia dituduh didapati terlibat dalam amalan pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek Public Bank Berhad bernilai RM216,666.65 milik firma guaman Ong Keong Huat ke dalaman akaun Public Bank Berhad milik tertuduh pada 27 Jun 2009, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh yang demikian telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. * Mengikut pertuduhan ketiga di bawah seksyen itu, dia dituduh terlibat dalam amalan pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan cek Public Bank Berhad bernilai RM216,666.70 milik firma guaman Ong Keong Huat ke dalaman akaun Public Bank Berhad milik tertuduh pada 27 Jun 2009, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh yang demikian telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. * Mengikut pertuduhan keempat di bawah seksyen itu, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation didapati terlibat dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang tunai RM400,000.70 daripada Kwang Keh Chong pada 8 Ogos 2007 di pejabat firma guaman K.H. Ong dan Ng Advocates & Solicitors, Taman Chateau, Ipoh Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan kes bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah. Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Rihaida Rafie membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh ditahan. Kes ini akan disebut semula pada 23 Jun 2015.

Lampiran Tarikh
Bekas Pengarah Blue Valley Plantation Hadapi 8 Tuduhan CBT, Pengubahan Wang Haram 22/05/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
19
Semalam
48
Minggu Ini
67
Bulan Ini
476

Keseluruhan
3430099