SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas seorang pegawai SPRM kononnya pegawai berkenaan memiliki harta di luar kemampuan. SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas. Pegawai ini telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam. Dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan oleh pihak yang memasuki rumah beliau, termasuk jam tangan mewah. Laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi. Beberapa pihak telah membuat komen dan tohmahan kononnya pegawai terbabit memiliki harta di luar kemampuan. SPRM berpandangan bahawa tohmahan ini tidak adil ke atas pegawai berkenaan dan juga SPRM sendiri. Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang. Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan. Oleh itu SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan. Pada masa yang sama, SPRM memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes ini menerusi media sosial. SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia siasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat oleh mangsa menerusi media sosial. ROHAIZAD YAAKOB
PENGARAH BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, SPRM
2 JUN 2015

Lampiran Tarikh
SPRM: Tidak Adil Dakwa Pegawai Baru Miliki Harta Di Luar Kemampuan 02/06/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
53
Minggu Ini
186
Bulan Ini
595

Keseluruhan
3430218