SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang pengusaha syarikat pembalakan bagi membantu siasatan berhubung tawaran rasuah RM1 juta kepada pegawai kanan SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Rasuah ditawarkan supaya SPRM dan Jabatan Perhutanan Sememanjung Malaysia tidak meneruskan siastan terhadap aktiviti permbalakan di luar kawasan yang dilesenkan di Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak. Lelaki terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dia menawarkan suapan sebanyak RM1 juta dan telah membayar suapan berupa wang tunai RM500,000 kepada Pegawai-pegwai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kedua-dua pegawai terbabit telah menolak tawaran rasuah dan telah melaporkan kepada SPRM. SPRM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pegawai tersebut yang berpegang teguh kepada integriti mereka dan sanggup menolak tawaran rasuah yang bernilai RM1 juta. SPRM melihat pendirian kedua-dua pegawai terbabit sebagai satu tindakan yang harus dipuji. Malah ia juga menunjukkan kejayaan usaha memupuk nilai berintegriti di kalangan anggota agensi penguatkuasaan. SPRM bangga dengan kedua-dua pegawai ini dan harus menjadi contoh kepada yang lain. Pengurusan Tertinggi SPRM berpandangan bahawa komitmen pegawai dalam memperlihatkan budaya berintegriti tinggi ketika bertugas amat penting bagi meningkatkan keberkesanan tindakan mencegah rasuah di negara ini. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia merupakan salah satu agensi kerajaan pegawai SPRM telah diletakkan sebagai Ketua Pegawai Integriti di mana usaha ini telah menyumbang kepada beberapa pendekatan mengukuhkan budaya berintegriti. Pada masa yang sama SPRM akan terus mengambil usaha bagi meningkatkan integriti di kalangan pegawainya bagi mencapai Aspirasi SPRM. ROHAIZAD YAAKOB
PENGARAH BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
4 JUN 2015

Lampiran Tarikh
SPRM Hargai Tindakan Pegawai SPRM Dan Jabatan Perhutanan Tolak Rasuah RM1 Juta 04/06/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
28
Semalam
48
Minggu Ini
341
Bulan Ini
389

Keseluruhan
3430012