KESEMUA Exco Kerajaan Negeri Melaka akan menzahirkan komitmen budaya berintegriti dengan menandatangani Ikrar Integriti, dijangka awal Ogos 2015. “Kerajaan negeri Melaka sangat komited dalam membanteras rasuah dan ia perlu dimulakan oleh barisan kerajaan negeri," kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron hari ini. Menurut beliau, pelaksanaan dan pematuhan Ikrar Integriti akan diletakkan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Hj Naim Abu Bakar. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Kunjungan Hormat Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) di Pejabat Ketua Menteri Ayer Keroh, Melaka hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Hj Mustafar Ali; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Dato’ Shamsun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan; Dato’ Haji Mohamad Yusoff Akope; Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Dato’ Norazlan Mohd Razali; Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, KPKPj Rohaizad Yaacob; Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, KPKPj Junipah Wandi dan Pengarah P M Melaka , PKPj Ramli Ismail. “Tiga cadangan juga dibawa (sebagai peruntukan) Ikrar Integriti yang akan ditandatangani kelak seperti suami/isteri pegawai tidak dibenarkan memohon atau mempunyai sebarang perusahaan yang melibatkan kerajaan," katanya. Selain itu, pegawai yang terlibat dalam meluluskan tanah tidak boleh atau tidak dibenarkan sama sekali memohon tanah kerajaan. "Kerajaan negeri akan memberikan kaedah lain bagi menggantikan permohonan tanah oleh Settlement Officer," ujar beliau lagi. Bagi mengelakkan integriti pegawai terus dipertikaikan, Kerajaan Negeri Melaka turut mencadangkan supaya semua bilik pegawai dan Pejabat Ketua Menteri akan dipasang dengan CCTV. "Langkah memasang CCTV ini adalah bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang menjurus kepada rasuah selain langkah kawalan bagi pegawai," kata beliau. Kerajaan Negeri Melaka juga telah mengesyorkan kepada SPRM agar mengadakan Pusat Informasi di Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memudahkan orang awam melaporkan sebarang aduan. “Pihak P M telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Informasi. "Sehingga kini tiga Pusat Informasi telah pun dibuka mengikut hari-hari tertentu di Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin,” kata beliau. Seramai sembilan ahli PPPR diketuai oleh Tan Sri Johan Jaafar membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka. Ini merupakan kunjungan buat kali pertama dibuat oleh PPPR ke Kerajaan Negeri. PPPR mengambil pendekatan mengadakan mesyuarat di luar ibu negara mulai tahun ini. “ etelah tujuh tahun PPP ditubuhkan, ini adalah pertama kali PPP membuat lawatan ke kerajaan negeri dan akan merangka lagi lawatan ke negeri lain pada masa akan datang,” kata Tan ri Johan pada sidang media sempena kunjungan hormat ini. “PPP ini juga sangat mengalu-alukan kesudian YAB Ketua Menteri (Melaka) untuk bersama dengan SPRM, menunjukkan komitmen tinggi dan usaha berterusan ini, selain membetulkan sistem penyampaian kerajaan negeri Melaka bagi menutup ruang dan peluang pelakuan rasuah,” ujar beliau lagi. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
2 JUN 2015

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
53
Minggu Ini
216
Bulan Ini
625

Keseluruhan
3430248