SEORANG pengurus tapak syarikat swasta berhadapan dengan 40 pertuduhan menerima suapan keseluruhan bernilai lebih RM110,000 daripada dua individu, dari tahun 2012 hingga April 2014, sebagai dorongan bagi membolehkan kerja-kerja subkontrak diteruskan. Tertuduh Lau Kim Ting, 46, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Khas Johor Bahru, Johor hari ini. Dia didakwa meminta dan menerima wang daripada Ba'ie Buasan dan Abang Spawi Abang Dan, masing-masing kontraktor sebagai dorongan supaya syarikat L.K Insulation Engineering (M) Sdn. Bhd. tidak menamatkan kerja-kerja subkontrak yang diberikan kepada mereka. Lau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Dia dibebaskan dengan wang jaminan RM35,000 bagi kesemua 40 pertuduhan. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2012 dan April 2014 di Public Bank Berhad, Bandar Baru Permas Jaya, Masai dan Maybank Pasir Gudang. Jumlah keseluruhan suapan RM 110,631. Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haldar Abd Aziz. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama. Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Kes akan disebut semula pada 6 Julai 2015. Berikut adalah 40 pertuduhan yang dikenakan ke atas Lau: 1. Pada 14.6.2012, lebih kurang 2.55 petang – meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM6,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 2. Pada 20.6.2012, di antara 2 petang hingga 3 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 3. Pada 28.6.2012, di antara 2 petang hingga 3 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 4. Pada 12.7.2012, di antara 2 petang hingga 3 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,200 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 5. Pada 25.10.2012, lebih kurang 1 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM6,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 6. Pada 16.11.2012, lebih kurang 10.35 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 7. Pada 16.7.2012, lebih kurang 2.30 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 8. Pada 13.9.2012, lebih kurang 1.50 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 9. Pada 18.9.2012, lebih 11.25 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 10. Pada 21.2.2013, lebih kurang 3 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 11. Pada 28.2.2013, lebih kurang 1.30 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 12. Pada 7.3.2013, lebih kurang 3.25 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 13. Pada 14.3.2013, lebih kurang 1.05 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 14. Pada 28.3.2013, lebih kurang 3.50 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 15. Pada 18.4.2013, lebih kurang 2.10 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 16. Pada 25.4.2013, lebih kurang 2.30 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 17. Pada 17.5.2013, lebih kurang 12.45 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,300 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 18. Pada 7.6.2013, lebih kurang 12.20 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM5,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 19. Pada 14.6.2013, lebih kurang 3 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM5,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 20. Pada 6.9.2013, lebih kurang 12.20 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM5,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 21. Pada 13.9.2013, lebih kurang 11.30 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,041 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 22. Pada 20.9.2013, lebih kurang 11.05 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,186 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 23. Pada 15.11.2013, lebih kurang 12.10 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 24. Pada 06.12.2013, lebih kurang 1.35 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM8,200 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 25. Pada 27.12.2013, lebih kurang 10.15 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,030 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 26. Pada 13.05.2013, lebih kurang 1.40 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 27. Pada 23.01.2013, lebih kurang 12.25 tengah hari - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 28. Pada 31.01.2013, lebih kurang 4.15 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM4,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 29. Pada 7.02.2013, lebih kurang 3.10 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 30. Pada 12.06.2013, lebih kurang 11.15 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 31. Pada 17.06.2013, lebih kurang 3.15 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM5,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 32. Pada 6.08.2013, lebih kurang 10.10 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 33. Pada 18.11.2013, lebih kurang 10.15 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 34. Pada 10.01.2014, di antara 1 tengah hari hingga 2 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM700 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 35. Pada 20.02.2014, di antara 1 tengah hari hingga 2 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,880 melalui akaun peribadi Malayan Banking Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan.

36. Pada 28.02.2014, lebih kurang 2.50 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM3,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan.

37. Pada 07.03.2014, di antara 1 tengah hari hingga 2 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,246 melalui akaun peribadi Malayan Banking Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 38. Pada 19.03.2014, lebih kurang 11.00 pagi - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 39. Pada 19.04.2014, di antara 1 tengah hari hingga 2 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM848 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Abang Spawi Abang Dan. 40. Pada 26.06.2014, di antara 5.55 petang - meminta dan menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM1,500 melalui akaun peribadi Public Bank Berhad milik tertuduh daripada Ba’ie Buasan. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

Lampiran Tarikh
Pengurus Tapak Hadapi 40 Tuduhan Minta Rasuah Lebih RM110,000 09/06/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
53
Minggu Ini
219
Bulan Ini
628

Keseluruhan
3430251