Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu daripada lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengalu-alukan dan menyokong langkah tegas untuk memantau dana politik. Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaaffar percaya bahawa tindakan untuk mengawal selia pembiayaan politik melalui pembaharuan dan undang-undang yang diperlukan adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya. Ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik. Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai. Panel juga memuji langkah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengemukakan idea ini dan mencadangkan agar SPRM memainkan peranan penting dalam membantu kedua-dua IIM dan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP). Panel juga menegaskan bahawa komposisi JKNMPP, selain wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat madani dan individu-individu yang ternama, juga harus menyertakan bersama pemimpin dari kesemua parti dalam landskap politik negara. TAN SRI JOHAN JAAFFAR
PENGERUSI
PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH
15 OGOS 2015

Lampiran Tarikh
Dana Politik: Kenyataan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah 15/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
53
Minggu Ini
216
Bulan Ini
625

Keseluruhan
3430248