Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi suspek susulan kepada penahanan 21 pekebun sayur sejak 30 Jun 2015. Suspek terakhir yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun itu telah menyerah diri di Pejabat SPRM Perak di Meru, Ipoh kira-kira pukul 4 petang, semalam. Dengan penangkapan ini, sehingga kini 22 orang termasuk seorang warganegara Bangladesh telah ditahan oleh SPRM. Dia disiasat di bawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana memberi suapan kepada penguat kuasa agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang mengusahakan kebun secara haram. Lelaki ini telah dilepaskan dengan jaminan RM5,000, dengan seorang penjamin. Ops Sejuk ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara sejak enam bulan lalu. SPRM akan meneruskan pemantauan di kawasan Cameron Highlands bagi membanteras jenayah rasuah. DATO’ SERI MOHD SHUKRI ABDULL
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
2 JULAI 2015

Lampiran Tarikh
OPS SEJUK: SPRM Menahan Seorang Lagi Pekebun Sayur Cuba Rasuah Anggota Penguat Kuasa 02/07/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
53
Minggu Ini
187
Bulan Ini
596

Keseluruhan
3430219