KUANTAN, 8 Julai - Seorang lelaki yang menyamar Pegawai Imigresen dan kononnya telah menangkap seorang wanita China, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Khas Kuantan, hari ini berhubung dua tuduhan menerima suapan RM5,000. Tertuduh, Mohd Saufi Daud, 39, didakwa melakukan kesalahan itu pertengahan bulan lalu. Berdasarkan tuduhan pertama, Mohd Saufi didakwa menerima suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang ahli perniagaan, Zulkifle Abdul Wahab @ Sulong sebagai "suatu suapan untuk kononnya sebagai seorang Pegawai Imigresen telah menangkap seorang wanita China bernama Xia Feng Zhao." Mohd Saufi didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Petronas Jalan Air Puteh, Kuantan pada pukul 12.15 pagi, 14 Mei 2015. Dalam pada itu, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh Mohd Saufi telah secara rasuah menerima satu suapan RM4,000 daripada Zulkifle sebagai satu upah untuk kononnya dia sebagai Pegawai Imigresen telah menangkap Xia. Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kasalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, di mana boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau minimum RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilakukan oeh Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin. Tertuduh mengaku tidak bersalah pada pertuduhan pertama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes pada 29 Julai 2015. Sementera itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Habibah Mohd Yusof. Hakim menetapkan 29 Julai 2015 untuk sebutan semula kes bagi pertuduhan satu dan menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan kedua.

Lampiran Tarikh
Lelaki Menyamar Sebagai Pegawai Imigresen Hadapi Tuduhan Rasuah 08/07/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
20
Semalam
48
Minggu Ini
68
Bulan Ini
477

Keseluruhan
3430100