Johor Bahru, 14 Julai - Seorang lelaki merupakan ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Johor Bahru atas tuduhan memberikan suapan kepada anggota Polis sebagai dorongan melepaskan dirinya dari ditangkap kerana melakukan kesalahan memiliki dadah dan peluru hidup. Tertuduh, Lim Wee Kwang, 45, mengaku tidak bersalah memberikan suapan wang tunai RM2950 kepada Insp. Mohd Mokhtar Mohd Nor. Lim didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 14 Jan 2015 lebih kurang jam 7.45 petang di 52, Jalan Sepat, Taman Banang, Batu Pahat memberikan suapan berupa wang tunai RM2950 sebagai dorongan untuk tidak menangkap beliau yang memiliki dadah dan peluru hidup. Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dihukum denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah diwakli oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Fazlin Hamdan. Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 16 Ogos 2015.

Lampiran Tarikh
Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Insp Polis 13/07/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
47
Semalam
54
Minggu Ini
259
Bulan Ini
307

Keseluruhan
3429930