JOHOR BAHRU, 2 Ogos 2015 – Seorang juruteknik SAJ Holding Sdn Bhd mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah melaksana dan meluluskan ujian perpaipan sebuah projek di Kota Tinggi awal tahun lalu. Umi Hazren Ahmad, 35, dituduh menerima suapan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada Muhammad Yusri Jamalludin sebagai dorongan untuk melaksana dan meluluskan ujian perpaipan Projek Pembangunan Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh, Sedili, Kota Tinggi. Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Tertuduh dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 3 April 2014 lebih kurang pukul 5.30 petang di hadapan Pusat Bahasa Bestari Maju, Kota Tinggi. Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Ridzuan Malek. Hakim Mohd Haldar Abd Aziz menetapkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000. Tertuduh telah membayar denda. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
2 OGOS 2015

Lampiran Tarikh
Juruteknik Wanita Dituduh Terima Rasuah RM2,000 02/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
47
Minggu Ini
302
Bulan Ini
711

Keseluruhan
3430334