Dato’ Mohamad Jamidan Abdullah, 57, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Beliau menggantikan Dato’ Sri Hj Zakaria Jaffar, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober 2015. Sebelum ini, Dato’ Mohamad Jamidan yang telah berkhidmat selama 32 tahun, merupakan Pengarah Siasatan SPRM. Tempat Dato’ Mohamad Jamidan digantikan oleh Dato’ Mohd Azam Baki, 52, yang sebelum ini merupakan Pengarah Perisikan. Pelantikan Dato’ Mohamad Jamidan dan Dato’ Mohd Azam berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2015. SPRM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dato’ Sri Hj Zakaria atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya lebih tiga dekad. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

Lampiran Tarikh
Dato' Jamidan Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan Dan Profesionalisme) SPRM 03/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
53
Minggu Ini
217
Bulan Ini
626

Keseluruhan
3430249