Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Maokil 2, Segamat hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan menganugerahkan projek pertubuhan bukan kerajaan itu kepada suaminya tiga tahun lalu. Tertuduh, Khatijah Mohamad, 30, didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi MBFM Cawangan Maokil 2 untuk membuat keputusan menganugerahkan Projek Pembinaan Pusat Memancing dan Taman Rekreasi MBFM bernilai RM40,000 kepada Syarikat Berkat Sri Kreatif yang dimiliki oleh suaminya, Ruzaidy Ibrahim. Dia menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Johor Bahru pagi ini. Hakim Mohd Haldar Aziz menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM200,000 selepas tertuduh mengaku bersalah. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 12 bulan. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut lebih kurang pukul 1.20 tengah hari pada 3 Oktober 2012 di hadapan Maybank Cawangan Labis. Dia dituduh di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi. Pertuduhan dikendalikan oleh TImbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Fazlin Hamdan. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
5 OGOS 2015

Lampiran Tarikh
Pengerusi Belia Felda Mengaku Salah Beri Kontrak Kepada Syarikat Suami, Dipenjara 7 Hari Dan Denda RM200,000 05/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
354
Bulan Ini
402

Keseluruhan
3430025