Kesilapan Fakta Dalam Laporan New Straits Times

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan berita New Straits Times bertarikh 11 Ogos 2015 bertajuk Transfers of MACC officers cancelled, di halaman 3. Dalam para kelima ada disebut Pengarah Bahagian Operasi Khas, Dato’ Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Dato’ Rohaizad Yaakob antara yang dipanggil untuk membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu kebocoran maklumat. Untuk makluman, Dato’ Rohaizad tidak pernah dipanggil oleh PDRM untuk memberi keterangan berhubung isu kebocoran maklumat. Sehubungan itu, diharap pihak New Straits Times akan membuat pembetulan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
11 OGOS 2O15

Lampiran Tarikh
Kesilapan Fakta Dalam Laporan New Straits Times 12/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
47
Minggu Ini
25
Bulan Ini
274

Keseluruhan
3440330