Merujuk kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk “MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers“, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009. Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia. Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah. DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
13 OGOS 2015

 

Lampiran Tarikh
SPRM Nafi Laporan Malaysiakini 13/08/2015
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
53
Minggu Ini
300
Bulan Ini
348

Keseluruhan
3429971