Dakwaan Skandal Rasuah Palsu Cemarkan Imej SPRM
 
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menerima satu maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk “Konspirasi Dan Skandal Rasuah di Malaysia” mengguna nama penulis sebagai Muhammad Fauzan bin Jamil.
 
SPRM telah menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebarluas oleh pihak tertentu.
 
Hasilnya, penama tersebut menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya.
 
Perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu. Susulan itu, beliau akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut. SPRM memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej Suruhanjaya ini dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 DISEMBER 2020
 

Dakwaan Skandal Rasuah Palsu Cemarkan Imej SPRM

PDF
TOP

Statistik Pelawat



Keseluruhan
3450440