APEC ACTWG SOM III Julung Kali Berlangsung Secara Maya

BERIKUTAN penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat pertama kalinya menganjurkan Mesyuarat Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Anti-Corruption and Transparency Experts’ Working Group (ACTWG) secara maya bermula hari ini sehingga 23 Oktober 2020.

Penganjuran Persidangan APEC 2020 pada kali ini merupakan kali kedua buat Malaysia, selepas menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun 1998.

Mesyuarat ACTWG ini disertai oleh wakil-wakil daripada 21 buah ekonomi APEC, yang mana antara agenda yang akan dibincangkan termasuk usaha dan inisiatif pencegahan rasuah di rantau Asia Pasifik serta agenda baharu berhubung isu rasuah dan ketelusan tadbir urus dana Covid-19. Mesyuarat ACTWG ini dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Hj. Azam bin Baki.

Di samping penganjuran Mesyuarat ACTWG, SPRM turut menganjurkan Mesyuarat Network on Anti-Corruption Authorities and Law Enforcement Agencies (ACT-NET) yang dihadiri wakil-wakil agensi dan penguat kuasa antirasuah dalam kalangan ekonomi APEC. Mesyuarat ACT-NET ini akan membincangkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam membanteras rasuah, pengubahan wang haram dan perdagangan haram.

Selain itu, satu bengkel bertajuk Capacity Building Workshop on Exposing the Unseen Hands: Tackling Concealment of Beneficial Ownership turut diadakan secara maya yang mengupas topik dan isu-isu semasa berkaitan pemilikan benefisiari. Penganjuran bengkel ini melibatkan penyertaan penceramah-penceramah dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka.

Bagi menjayakan program peringkat antarabangsa tersebut, Sekretariat APEC SPRM 2020 menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Sekretariat APEC yang berpangkalan di Singapura dan Sekretariat APEC Kebangsaan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

19 OKTOBER 2020

APEC ACTWG SOM III Julung Kali Berlangsung Secara Maya

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
57
Minggu Ini
237
Bulan Ini
1318

Keseluruhan
3447682