SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Mohd Saifullah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti SPRM.

Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, SPRM telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini agar pihak polis menjalankan siasatan atas kesalahan membuat aduan palsu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 SEPTEMBER 2020

SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Mohd Saifullah

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
52
Minggu Ini
223
Bulan Ini
64

Keseluruhan
3444884