Portal Perisytiharan Harta Boleh Diakses Mulai Hari Ini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harta Anggota Pentadbiran menerusi portal mydeclaration.sprm.gov.my mulai hari ini.

Sehingga kini, SPRM telah menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.

SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperolehi atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 JULAI 2020

 

Portal Perisytiharan Harta Boleh Diakses Mulai Hari Ini

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
58
Minggu Ini
84
Bulan Ini
542

Keseluruhan
3442222