SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK N23 DUN Chini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Bilik gerakan PRK N23 Chini itu ditempatkan di dua lokasi iaitu di Kompleks SPRM Pahang Peti Surat 6000, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan yang beroperasi pada waktu pejabat dan Pejabat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Chini Satu, 26690 Pekan beroperasi 24 jam.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui talian Hotline PRK Chini 013-5485988/09-5716000 atau e-mel kepada prkchini@sprm.gov.my

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

20 JUN 2020

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
58
Minggu Ini
88
Bulan Ini
546

Keseluruhan
3442226